Sunday 1 January 2012

KENAPA SAYA PERLU MEDICAL CARD?




Medical Card atau Kad Perubatan adalah satu kemudahan/polisi dari Prudential BSN Takaful. Saya boleh katakan ini adalah perkara pertama yang anda perlu ada sebelum anda membelanjakan gaji anda untuk handphone, bil Astro dan sebagainya. Berikut adalah jawapan saya kepada soalan kenapa saya perlu medical card:

1) Adakah anda yakin yang anda akan SIHAT SELAMANYA?
Zaman sekarang, akibat pemakanan dan gaya hidup yang tak sihat, secara logiknya suatu masa nanti dalam kehidupan kita, kita WAJIB mendapat penyakit seperti kanser (berbagai jenis kanser), diabetes, jantung, buah pinggang dan sebagainya.
Alah, itu adalah ‘orang tua’ punya sakit. Orang muda takkan dapat sakit yang macam tu. Jangan macam tu. Berbagai-bagai penyakit boleh menyerang orang muda juga. Kalau tak, kenapa hospital tak dipenuhi pesakit dari kalangan orang tua sahaja?

2) Tidakkah anda mahu dapatkan RAWATAN TERBAIK untuk sembuhkan penyakit anda?
Bukan saya cakap hospital kerajaan tak bagus. Cuma kalau anda perlukan pembedahan segera tapi perlu ‘beratur’ menunggu giliran, sanggupkah anda? Bila sampai giliran anda, mungkin anda sudah meninggal.

Hospital swasta mempunyai peralatan perubatan yang canggih & doktor yang bagus. Anda cuma perlu bayar sahaja untuk dapatkan servis mereka. Tapi sanggupkah anda membayar kos perubatan yang sangat mahal dengan duit simpanan sendiri?
Kos perubatan SANGAT MAHAL. Kos doktor, rawatan, ubatan, pembedahan, kimoterapi dan berbagai-bagai lagi.
Keluarga sudah bersedih dengan keadaan anda, anda tambah lagi kesedihan mereka dengam bebanan kewangan untuk kos perubatan anda yang tinggi. Mana mereka nak ‘cekau’ duit..
Sebenarnya harga Medical Card ini sama atau lebih kurang dengan harga bil Astro yang anda bayar bulan-bulan…
Keluarga boleh meminta bantuan orang? Persoalannya, BERAPA RAMAI yang mahu menolong? Dan mudahkah? Bolehkah dapat jumlah kos yang dikehendaki? BERAPA LAMA PERLU TUNGGU???

Anda perlukan medical kad sekarang!

Call/sms saya sekarang di 013-4250038(Hasani) untuk dapatkan Medical Card anda sekarang!

FLYERS TAKAFUL_HEALTH

            PELAN KELUARGA YANG KOMPREHENSIF
                                    (PELAN 3 DALAM 1)








Saturday 31 December 2011

MENGAPA KITA PERLUKAN INSURANS??



MENGAPA KITA PERLUKAN INSURANS(Takaful)? 


Terdapat beberapa sebab mengapa kita perlu menginsuranskan diri kita. Samada anda sedar ataupun tidak pada zaman ini insurans amat penting dalam kehidupan kita. Adakah anda sedar akan perkara ini? Ataupun anda buat-buat sedar tetapi anda tidak mengambil langkah yang terbaik untuk diri anda. Disini saya ingin berkongsi beberapa sebab mengapa kita perlu menginsuranskan diri kita...

1. Kematian

Pernahkah anda terfikir yang kita akan meninggalkan apa yang kita ada sekarang? Jika anda belum berkeluarga pernahkah anda terfikir apakah yang kita akan tinggalkan pada ibu bapa kita sekiranya kita meninggal dunia esok? Adakah anda ingin meninggalkan segala hutang-piutang anda kepada orang tua anda? Sedangkan beliau belum lagi hilang rasa sedih sebab pemergian kita tau-tau mereka dapat panggilan daripada bank minta beliau jelaskan segala hutang-piutang anda. Adakah ini yang dikatakan anak yang bertanggungjawab? Agak-agak kalau anda dapat pampasan RM50,000 ok tak? lepas tak segala hutang-hutang anda selama ini?

“Tinggalkan anak-anak dan isteri kamu dalam kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta...” (Hadith Riwayat Bukhari.)

2. Sakit Kritikal

Pada zaman sekarang ni banyak kes-kes kat luar sana ataupun yang kita terbaca di akhbar-akhbar mengenai jenis-jenis sakit yang amat kritikal seperti penyakit stroke, canser, buah pinggang dan sebagainya. Setakat ini pernah tak ada saudara mara yang terdekat dengan anda terkena panyakit-penyakit yang sedemikian? Ataupun pernah tak anda terbaca kisah tentang pelakon terkenal tanah air kita iaitu Azean Irrawati yang terkena sakit canser di kepala? Agak-agak beliau masih diterima lagi tak sebagai pelakon? bagaimana beliau nak tampung kehidupan beliau jika beliau tak bekerja sekarang? Cuba kita renungkan sejenak... bagaimana agaknya jika terkena pada kita? kita masih hidup lagi. Bagaimana kita nak tampung kehidupan seharian kita? Bagaimana pula dengan anak-anak kita? Sanggupkah anda melihat anak-anak kita yang mungkin pada usia sebegitu sepatutnya duduk bersama-sama rakan di bangku sekolah, terpaksa mencari sesuap nasi untuk menyara anda? Perkara seumpama ini kita pun tak tau bila akan berlaku... adakah kita sihat selamanya? Ataupun kita kena tahun depan? ataupun besok kita terkena? Bagaimana pula dengan persediaan anda apabila perkara sedemikian terjadi pada anda? Kalau waktu tu ada orang datang bagi kita sejumlah pampasan RM70,000 agak-agak berbaloi tak?

3. Kemalangan

"Malang tidak berbau...” itulah ungkapan yang selalu kita ucapkan dari bibir mulut kita jika terdengar sesuatu musibah. Lebih-lebih lagi jika terlibat dengan kemalangan. Tapi pada saya ianya memang betul. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Bukan sahaja dijalan raya, dirumah, dihospital, dan dimana saja pun kita boleh terlibat dengan kemalangan. Tetapi pernahkah anda terfikir kemalangan telah menyebabkan kita hilang upaya kekal seperti lumpuh, hilang anggota badan dan sebagainya...? Agak-agak majikan anda akan terima sebagai pekerja dia lagi atau tidak? Kalau majikan anda masih terima anda bermakna majikan anda memang seorang yang perihatin terhadap anda. Tapi bagaimana pula jika majikan anda sudah tidak terima anda lagi ye? Apakah persediaan anda? Bagaimana dengan kehidupan anda pada masa itu? sudah berapa banyak tabungan yang anda ada sekarang untuk tampung kehidupan anda sekiranya perkara sebegini terjadi pada anda? Agak-agak jika ada orang bagi RM50,000 cukup tak untuk keperluan anda pada waktu itu? 

4. Bil Perubatan

Pernahkah anda terfikir tentang kos rawatan hospital? Bila sebut saja tentang bil perubatan hospital ramai yang tak berfikir panjang. Cukup sekadar sekadar tau memilih hospital kerajaan kerana kos rawatan yang amat murah berbanding rawatan hospital pakar atau hospital swasta. tapi sedar atau tidak, walaupun kos rendah kita perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Adakalanya kita mendapat layanan yang tidak memuaskan. Baru-baru ini jika anda ada terbaca diakhbar tentang doktor diserbu Kementerian Kesihatan Malaysia gara-gara baca akhbar. Kalau fikir secara logik memang doktor itu patut diberikan hukuman yang tegas. Tetapi jika kita fikir sekali lagi mungkin juga doktor tersubut baru saja duduk dalam lima minit dan mungkin juga baru membaca helaian pertama akhbar tersebut untuk melepaskan tekanan yang dialaminya. Daripada gambaran ini dapatlah kita simpulkan bahawa di hospital kerajaan memang kekurangan doktor. Bukan saya nak memperkecilkan hospital kerajaan, mungkin satu hari nanti kerajaan tak mampu nak tampung segala kos-kos rawatan pesakit dan memaksa kita bayar sendiri segala kos rawatan yang kita alami. Namun, mungkin anda juga mempunyai kemampuan untuk membayar segala kos rawatan di hospital pakar atau hospital swasta. Tetapi alangkah baiknya Jikalau ada kad yang mampu tolong bayarkan segala perbelanjaan anda. Bukankah ini telah meringankan beban anda? Kalau ada peruntukan sejumlah RM500,000 untuk persediaan segala kos rawatan anda macam mana? berbaloi tak plan yang macam ni? 

Di Prudential BSN Takaful Berhad ada jalan penyelesaian bagi permasalahan di atas dan ada plan yang disediakan khas untuk anda!

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi saya, 
Prudential BSN Takaful-Wealth Planner,
HASANI 013-4250038
KEPENTINGAN MEDICAL CARD


Mai kita lihat antara kepentingan Medical Card" @ Kad Rawatan Perubatan terutamanya dari Takaful PruBSN ini..

1st sekali Medical Card yang dikeluarkan oleh Syarikat kami "Prudential" adalah 1st party punye medical card.. bermakna segala urusan claim akan terus diuruskan oleh pihak Prudential.. TERUS MENERUS ok.. tak perlu lagi submit sana sini yang mana seperti kebanyakan medical card pengendali TAKAFUL lain ianya merupakan 3rd party, maknanya kat sini urusan pembayaran, pengesahan perlu melalui dua pihak iaitu melalui pengendali takaful itu sendiri dan syarikat yang mengeluarkan medical card berkenaan.. nak citer kat sini perbezaan medical card yang dikeluarkan oleh syarikat kami berbanding syarikat lain..nampak tak bezanya kat situ?? bukan nak bercerita mengenai sapa punya medical card yang hebat yea.. huhu

Kalau kita tengok TV, semenjak beberapa tahun ni berapa ramai orang kenamaan, artis atau pun individu yang masuk tv merayu meminta sumbangan untuk menyara kos perubatan mereka? Kenapa benda ini terjadi? Padahal pendapatan mereka melebihi 3 - 4 ribu sebulan.. Jika difikirkan..semestinya boleh membayar bil kos rawatan bil hospital berkenaan. Tetapi mengapa masih memerlukan sumbangan dari banyak pihak? Ini bermakna bil perubatan masa kini memang boleh dikatakan amat tinggi kosnya.. kena cash plak tu..mana bleh hutang... inilah yang menjadi dilema masyarakat kita sekarang...


~ Hospital Kerajaan murah? tp perlu diingat..dalam kes besar, Hospital kerajaan sendiri refer kepada hospital pakar swasta..dan kebanyakan doktor sendiri mempunyai Medical Card.

~ Simpanan ASB diharapkan semata-mata, Bank dan sebagainya. Cuba kita bayangkan berapa lama mau simpan & dapat kumpul 500,000 ribu spt medical card PruBSN sediakan ni? 20 tahun? 30 tahun? itu pun kalo kita kena penyakit pada masa wang sudah cukup.. kalau tetiba terkena penyakit yang memerlukan rawatan pembedahan hingga RM 40,000, mana nak cekau duit?? Dalam simpanan ada berapa sekarang ni?.. alahai...baru 200 ringgit..hospital kerajaan pon bukan free..bayo jugak untuk kos peralatan semua bagai.. pehtu kena pulak booking tunggu turn.. penyakit yang ada dari kecik dah jadik beso.. Nauzubillah.. tidak la mendoakan yang tidak baik.. tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri & sesama insan.. "Amik Sebelum Kena".. dah kena baru nak amik.. alamatnya hai hai bye bye la..

~ Majikan/kerajaan tanggung kos perubatan?? Apa sangat yang di tanggung.. kalo demam biasa.. kemalangan biasa..memang laa.. cuba kalo penyakit kanser.. paling-paling kerajaan bagi RM5,000 ribu.. sebagai deposit.. kalo tak pun suruh claim.. bayar dulu claim kemudian.. kalo bil RM45,000 ribu? terpaksa kuar ASB, tu pon klu cukup dalam ASB la.. Pak Menteri pon ada Takaful daaa..



~ Berapa ramai sangat orang kita ni lepas kerja 5 tahun ada RM50,000 ribu dalam akaun?.. tak payah kira semua.. kira dikalangan keluarga kita..berapa orang yang ada duit begitu.. angkat tangan mai nak tengok..

ok.. kat bawah ni ada kisah salah sorang kakitangan kerajaan yang memohon bantuan kewangan untuk menampung kos rawatan.. apa yang cuba nak disampaikan ni?? hmmmm maila fikir sejenak ..

TAKAFULINK

Pelan Takafulink Prudentian BSN (PruBSN) adalah pelan Takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip - prinsip Syariah. Ia dirangka dengam matlamat untuk menangani keadaan - keadaan yang tidak menentu dalam hidup anda dengan memberi fleksibiliti kepada anda untuk mengawal hidup anda sepenuhnya.


Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink:-


1- Kematian
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefitpada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)


  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9- Medical Cover


  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
  • Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun


10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
12- Khairat Kematian
  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
14- Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalamTakaful Saver.

Nota : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di :
H/P: 013-4250038 Hasani